Jawapan Kenapa Penyu menangis - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

12 Disember 2010

Jawapan Kenapa Penyu menangis

Sumber: Google

Aku dari zaman kekanak riang sehingga 4 tahun yang lalu kerap juga dengar penyu ni haiwan pandai menangis. Jadi...masa tu dalam kepala otak aku mempercayai yang penyu ni memang pandai menangis...macam manusia. Tapi kenapa dia menangis..itu jawapan aku belum dapat lagi...sehingga la 4 tahun lalu.

4 tahun lalu bos bawa masuk pulau-pulau penyu di Sandakan. Bukan aku saja...dengan rakan sekerja lain dan membawa sukarelawan JOCV kami. Semua pulau di sebelah Sandakan aku sudah masuk...dan ada juga pulau yang sudah tenggelam sekarang. Kebanyakan pulau sebelah sana tempat penyu mendarat. terutama di Pulau Selingan...Sebut pasal Pulau Selingan ni nanti aku akan kisahkan pasal pulau ni di entri akan datang. 

Kami menginap 2 hari 3 malam di Pulau Selingan...tempat rumah kakitangan juga. Sepanjang 2 hari tu dapat masuk pulau lain juga...tapi yang masih dalam perairan Sabah la...Nampak juga Pulau Bakungan Besar tu kawasan perairan Filipina sudah kalau tidak silap. Tengok dari jauh saja la...dari bakungan Kechil yang masih milik Taman-Taman Sabah.

Ops...okey ni bukan pasal pulau tapi kenapa penyu menangis. Malam pertama tu kami tunggu penyu naik mendarat untuk bertelur. Ya...dapat tengok dalam 10 hingga 15 ekor juga. Besar rupanya penyu ni..ngeheheh. Jakun. Sempat juga sambut telur penyu yang segar keluar dari perut ibu penyu ni. Wah...berlendir dan panas gitu. Kawan-kawan lelaki dok sambut kemudian makan begitu aje. Euuuuwwww...dengar kata telur penyu tinggi kolestrolnya. Ada juga kawan-kawan lelaki kata...untuk menguatkan tenaga batin. Ah..aku peduli apa..sebab masa tu aku masih bujang lagi...dan tidak makan telur penyu... Dan aku menyempat juga naik atas penyu. Akakakak...aku ringan aje masa bujang dulu...mustahil si penyu tak larat angkat. Ada gambar tapi masa tu ambik gambar guna filem...kuno masih.

Bila penyu turun laut..kami duduk-duduk dengan pengawal pantai sambil berbual-bual. Aku pun soal la soalan ni..."Betulkah penyu menangis? Tapi kenapa dia menangis?" Soal aku...Abang pengawal pantai tu jawab "Erm...siapa suruh kau naik tu penyu, sebab tu dia nangis...keberatan!...Ahahaha..nda bah..sebenarnya penyu tu bukan menangis bah tu, tapi air laut kan masin..kalau kena di mata mesti pedih kan..bila pedih mesti  berairkan" Jelasnya. "Itu kalau di laut ya la...tapi biasa yang kena gambar di darat pun ada airmata juga pun tu.." kata aku lagi. Sebenarnya tidak puashati jawapan abang tu. "Sama juga...dia naik darat..di darat ni kan ada pasir..bila dia kuis-kuis pasir, mesti terkena juga pasir tu dimata dia...tu yang berair tu..tapi orang cakap penyu menangis..mana ada dia menangis. kalau pun dia menangis mungkin dia sedih sebab dia bertelur di darat lepas tu dia tinggalkan telur dia di darat...mesti berat hati tinggalkan anak-anak dia...kan." Kali ini aku diam dan berfikir...erm, agaknya memang betul la tu. Jadi selepas 4 tahun yang lalu aku punya soalan kenapa penyu mengis terjawab. Tapi samada benar atau tidak...Tuhan yang tahu...abang pengawal pantai tu tipu aku la kalau salah maklumat dia tu. Huhuhu...fikir-fikir...ada benar juga jawapan dia tu...ngeheheh...

Psssssssstttttt....lepas dari tu, bila dengar kawan-kawan cakap penyu menangis mesti aku kata "eleh..penyu mana pandai menangis la..." Sampai sekarang masih menggunakan maklumat yang diterima pada 4 tahun yang lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...