Big Momma's House 2 - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

17 April 2010

Big Momma's House 2

Malam tadi aku layan movie Big Momma's House 2 yang disiarkan di tv3. Cerita ini sudah 4 kali aku tengok dan masih mampu buatkan aku tergelak sakan seorang diri.Muahahaha...anak-anak tidur awal. Mr.D pun online. Jadi layan seorang diri la.

Siapa yang sudah atau telah tengok memang tahulah jalan ceritanya. Watak Malcolm/Big Momma yang dipegang oleh Martin Lawrence memang menghiburkan. Suka sangat bila dia berlakon..mesti buat aku tergelak biarpun mimik mukanya marah dan serius.

Adegan yang paling aku suka...masa dia ikut pergi tempat berurut...untung dia dapat tengok awek-awek separuh bogel di tempat  itu. Siap diminta tolong buka cangkuk bra dibahagian depan lagi...lepas tu masa dia berkemban untuk diurut...batu yang panas diletak di belakangnya...ooooooo...kulit dia tu kan getah...(untuk penyamaran Big Momma)Nasib baik disitu dia masih tidak kedapatan lagi.

Apapun Martin Lawrence ini memang lakonannya sentiasa menghiburkan. Jadi watak jahat pun  aku masih sukakan lakonannya...Malam ni mahu layan cerita Mermaid tapi tengah malam la...

Psssssttttt..agak-agak malam esok siapa yang terkeluar dari AF8?

2 ulasan:

  1. xtgk lg cite ni. ish. terlepas pulak. anyway, af? xtau. sbb xtgk. hihi :D

    BalasPadam
  2. saya tengok cerita mermaid... Best!!

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...