10 petanda LELAKI PENDERA - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

08 April 2010

10 petanda LELAKI PENDERA


1. Cemburu Keterlaluan

Menjadi terlalu cemburu terhadap keluarga, rakan dan teman sekerja. Lelaki ini cuba mengasingkan pasangannya. Melihat pasangan dan anak-anak sebagai harta benda, bukan sebagai manusia yang mempunyai hak terhadap diri sendiri. Suka menuduh pasangannya tanap usul periksa serta kerap bertanya ke mana mereka pergi, bersama siapa dalam nada menuduh.

2. Mengawal

sangat memerlukan masa dan perhatian pasangan. Lelaki seperti ini mahu mengawal kewangan dan semua aktiviti pasangannya. Individu ini akan marah bila pasangannya tunjukkan kemampuan berdikari.

3. Unggul

Lelaki ini selalu betul, menang dan bertanggungjawab dalam semua perkara. Beliau juga selalu mengganggap tindakannya betul dan meletakkan kesalahan ke atas orang lain. Lelaki pendera suka merendah-rendahkan dan menggelarkan pelbagai nama kepada orang lain untuk menyenangkan hati sendiri.

4. Manipulasi

Melemparkan pelbagai kata negatif kepada mangsa seolah-olah semua yang terjadi adalah salah mangsa. Cuba membuat mangsa berfikir yang tindakan kasar dilakukannya berpunca dari kesilapan sendiri.

5. Mood berubah-ubah

Mood sering berubah-ubah dari agresif mendorong kepada mengasari, kemudian meminta maaf dan merayu-rayu selepas mengasari mangsa.

6. Cakap Tak Serupa Bikin

Sering memungkiri janji. Lelaki ini menyatakan beliau sayang tapi tergamak mengasari pasangannya.

7. Menghukum

Lelaki pendera emosi akan menghukum pasangan dengan pelbagai cara. Antaranya tidak mempedulikan mangsa apabila perkara tidak mengikuti kemahuannya. lelaki ini akan mendera mangsa melalui kata-kata dengan kritikan bertalu-talu.

8. Tidak Mahu Mendapatkan Bantuan

Lelaki jenis ini tidak merasakan ada yang tidak kena pada dirinya. kjadi dia rasa mengapa perlukan bantuan? lelaki ini tidak mengakui kesalahannya dan akan mengaitkannya dengan perkara lain.

9. Tiada Rasa hormat

Tidak pernah menunjukkan rasa hormat terhadap orang lain termasuk wanita.( Yang ini aku rasa kurang tepat sebab ada orang yang aku kenal, jenisnya memang amat menghormati sesiapa saja tapi dalaman sangat ganas)

10. Mempunyai Sejarah

Lelaki pendera pernah mengasari seseorang atau pun mendera diri sendiri. pelaku biasanya mengulangi perbuatan mereka khususnya terhadap seseorang yang tidak melawan dan boleh dikawal. Lelaki yang pernah didera juga cenderung untuk menjadi pendera.


Psssssssssssstttttt...semoga dikurang jumlah lelaki jenis ini...huhu..kesian wanita yang didera!!!Tapi sekarang...lelaki perempuan pun mendera juga..mendera budak! kejam kan..

5 ulasan:

  1. seram plak bace T_T .baru tdi baca pasal perempuan kene simbah acid sebab x layan seks laki die.

    BalasPadam
  2. kebanyakan lelaki melayu, kuat cemburu, mengawal, selalu anggap diri dia betul,mood berubah pastu diam je xnak cerita apa yang jadi, tp xadalah sampai mengasari perempuan..cuma tu lah, kadang2 susah gak nak tahu..lelaki pendiam lagi lah, susah..kdg2 tu bila dah kahwin tiba2 berubah drastik..hmm entah lah

    BalasPadam
  3. hehehe..ade je laki baik tp susa nak carik

    BalasPadam
  4. semoga dikurangkan? hehe. laki pn dah memang kurang. tp betul la. semoga xbyk laki mcm ni :D

    BalasPadam
  5. Bg saya lelaki yang kuat cemburu boleh mendatangkan ke sikap pendera.. dera hati n perasaan juga

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...