28 Jan 2019

SINOPSIS PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH

28 Januari 2

SINOPSIS PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 
PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH ||Sebuah novel karya Hana Ilhami bakal diadaptasi ke drama. Akan datang ditayangkan dalam slot Mega Drama Astro Ria. Tapi belum tau bila ya...soon.


Tajuk : Patah Sayap Bertongkat Paruh

Penulis : Hana Ilhami

Sinopsis Novel/Drama Patah Sayap Bertongkat Paruh



“Kalau Aliah melangkah keluar dari rumah ni, gugur talak!” - HISYAM


Dari berterusan menjeruk rasa, lebih baik Aliah mencari bahagia sendiri. Aliah nekad pulang ke kampung bersama tiga orang anaknya untuk membina hidup baru. Rumah tangga yang dibina atas dasar suka sama suka akhirnya runtuh jua. Aliah pasrah.

Di kampung, kisah rumah tangganya terbongkar apabila Pak Osman, ayah Aliah yang nyanyuk terlepas cerita kepada Talhah, teman sekampung Aliah sedari kecil. Khabar tentang Aliah yang diabaikan suami mengundang rasa simpati Talhah.

“Kau nak bercakap pasal apa? Pasal rumah tangga aku? Lepas tu kau nak buat apa? Ketawakan aku?” - ALIAH

“Kalau aku nak, aku dah ketawakan kau masa kat pasar tani hari tu lagi...” - TALHAH

Keikhlasan Talhah membantu akhirnya disambut baik oleh Aliah. Dalam diam cinta yang pernah berputik dalam hati Talhah kembali mekar. Namun, amaran daripada Hisyam menyedarkan Talhah tentang status Aliah.

“Memilih tu memang bagus tapi jangan sampai terpilih tunang orang. Lagi haru kalau isteri orang. Memang cari nahas!” - Hisyam

Kerana cemburukan hubungan antara Aliah dengan Talhah, Hisyam berbohong dalam mahkamah bahawa dia pernah melafazkan cerai taklik terhadap Aliah, menyebabkan status Aliah kini tergantung.

Dugaan yang diterima kali ini berat bukan kepalang. Ia menuntut kesabaran dan kecekalan yang bukan calang-calang. Mampukah Aliah, wanita yang dianggap lemah ini bangkit merubah suratan? Ataupun terus tersungkur menyambut ketentuan? Bagaimana pula dengan Talhah? Apakah dia akan berdiam menyaksikan wanita yang dicintainya sepenuh hati terlepas buat kali kedua?

SINOPSIS PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH, sinopsis drama patah sayap bertongkat paruh, barisan pelakon patah sayap bertongkat paruh, OST drama patah sayap bertongkat paruh
Sumber : google

PELBAGAI AKTIVITI MENARIK DI TAMAN TEMA SUNWAY LAGOON

28 Januari 1

PELBAGAI AKTIVITI MENARIK DI TAMAN TEMA SUNWAY LAGOON




Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bila last korang bawak family korang berjalan masa weekend? berjalan yang bukan pergi ke shopping mall jer. 

Tapi berjalan-jalan macam tengok zoo, enjoy the moment dengan orang tersayang atau kawan-kawan. 

Dalam dunia yang serba moden ni, kalau korang bekerja, takde time nak berehat kan, even kadang-kadang kerja sampai malam. Memang TAK BEST. Kadang boleh STRESS. 

Untuk yang student lak korang betul-betul takde masa sangat nak enjoy kecuali time cuti semester kan.

 Actually banyak je things to do in Malaysia ni, especially kat Klang Valley. Sebab ada banyak gak tempat-tempat yang menarik korang boleh pergi. Salah satunya adalah Sunway Lagoon kat Bandar Sunway.

Theme park ni dah lama bertapak kat lembah klang, lebih 10 tahun jugak rasanya. Theme park yang berkonsepkan wet and wild ni sesuai untuk korang tak kira umur.

KG memang sarankan sebabnya sesuai untuk  korang bawak family terutamanya anak-anak. 

Tak kisah korang nak pergi masa hujung minggu atau cuti sekolah. Tapi kalau pergi masa New Year sebab biasanya diorang akan buat event di situ dan pastinya ramai pengunjung.

 Tempat tu sebenarnya tumpuan orang ramai. Seluruh orang Selangor tahu akan kewujudan Sunway Lagoon ni jadi korang bayangkanlah betapa ramainya. Selain tu juga di situ ada banyak aktiviti-aktiviti yang korang boleh join.

Salah satunya ialah extreme park. Dekat sini ada aktiviti untuk peminat-peminat extreme sports kat luar sana. Ada ATV dan jalan yang mencabar untuk korang cuba. 

Ada jugak go kart untuk the whole family racing. Hahaha. Baru leh tau sapekah juara yang sebenarnya kan. 

Korang juga boleh cuba G-Force X untuk yang nak lagi adventure sebab game ni adalah slingshot yang paling tinggi di Asia dimana korang leh rasa camne kelajuan dari 0 ke 120 km/h dalam 2 saat
Fuhhh. Risau jantung tertinggal kat belakang je tapi rugi kalau tak cuba. 

Kalau korang minat yang tinggi-tinggi pulak korang boleh try bungee jumping. Haa lagi satu kemungkinan akan buat jantung terkeluar sebab tertinggal kat tempat nak terjun tu. hahaha.

Bagi korang yang tak suka atau tak nak benda-benda extreme  yang ada kat Sunway Lagoon ni. Theme park ni juga kan ada wet world. 

Jadi korang boleh mandi dan naik gelongsor-gelongsor yang best belaka. Ada juga pantai buatan manusia yang korang boleh chill-chill tapi kalau nak mencabar sikit korang boleh mencuba  surf kat situ juga dengan ombak buatan manusia. 

Yang paling syok ialah Vuvuzela dia. Apa yang pasti, kalau korang dah sampai di sini, WAJIB try Vuvuzela tu. 

Apa dia vuvuzela tu?

Ianya adalah gelongsor yang tinggi dan paling thrill yang ada. Fuh rugi tak cuba tu. Lepas tu korang juga boleh tengok wayang 5D, dekat situ korang boleh siap basah sekali sebab tu la dipanggil 5D. Experience yang korang takkan lupakan. 

Bagi korang yang tak pernah scuba diving, kat sini jugak ada scuba diving kat kolam buatan manusia dengan instructor yang akan mengajar korang cara-caranya. This is for the beginners out there dengan fees yang berpatutan.

Walaupun Sunway Lagoon ni bertemakan Nickelodeon yang famous dengan Spongebob Squarepants tu, ada juga satu area dipanggil Scream Park. 

Untuk peminat thrill dengan hantu-hantu ni korang boleh lawat situ dan ready untuk menjerit sekuat hati yang mungkin. Cuma jangan la pukul hantu-hantu tu kesian, dah memang tu kerja diorang kan. 

Dinasihatkan juga yang ada masalah jantung, takpe korang teruskan pergi mandi jer. Atau korang boleh jalan-jalan kat Wildlife park, kat situ ada lebih kurang dalam 150 spesies haiwan. Good place for knowledge about animals, dan sesuai untuk anak-anak kecil yang nak belajar tentang haiwan. Dari have fun boleh jugak jadi lawatan sambil belajar. Best kan.

So korang apa lagi, untuk yang dah memang stay Lembah Klang tak payah nak duduk hotel semua, korang boleh pergi balik jer. 

Tapi untuk yang jauh-jauh tu ada je hotel Sunway kat sini korang boleh stay. So apa lagi, jom cari cheap Sunway Lagoon tickets online, at least dalam hidup ni kena sekali pergi ke situ barulah best.

PELBAGAI AKTIVITI MENARIK DI TAMAN TEMA SUNWAY LAGOON, aktiviti menarik di sunway lagoon, info mengenai sunway lagoon, harga bayaran masuk ke sunway lagoon, hotel murah dekat sunway lagoon,traveloka,
picture kredit : Google


16 Jan 2019

JUARA DEWI REMAJA 2018/2019 : HANEESYA

16 Januari 4

JUARA DEWI REMAJA 2018/2019 : HANEESYA


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

JUARA DEWI REMAJA 2018/2019 : HANEESYA || Hitam-hitam si tampuk manggis, biar kau hitam kau tetap manis. Itu la dia Hanee juara Dewi Remaja 2018/2019, walaupun memiliki warna kulit gelap namun sudah rezekinya menjadi juara. Apapun Tahniah Haneesya.

KG rajin baca kisah dia ni, ada yang gelar dia arang la..macam-macam la manusia sekarang. Asal hitam mesti tak lawa erk? Yang putih tu semua cantik? Cocok-cocok jarum supaya putih nampak urat tu lawa erk? Sudah bagus-bagus kau punya warna kulit kuning langsat..yang kau kasi putih lagi kenapa? Lebih baik kau minum pemutih kain..clorox tu. Peluntur. Ahahah..luntur kaler kuning langsat kau tu. Opsss...terlebih.

Semoga lepas ni lagi murah rezeki si Hanee tu. Bila tengok gambar-gambar dia, KG macam tengok modeling antarabangsa pulak. Lawa la. Macam Tyra Banks pun ada c Hanee tu. Eh..silap...macam program yang dikendalikan oleh Tyra Banks tu America's Next Top Model. KG suka tengok program tu.

Siapapun kita..siapapun mereka...janganlah suka hina-hina. Tak baik. Bukan dia minta beras kau di rumah pun. Sekali lagi Tahniah Hanee!!

BIODATA HANEE HANEESYA

Nama penuh: Sharifah Haneesya Binti Sayed Sahlan
Tarikh lahir: 11 Februari 2000
Usia: 18 tahun
Asal: Kuala Lumpur

Pandai menari, bergelar model sepenuh masa sejak berusia 15 tahun, pelakon ‘Cik Reen Encik Ngok Ngek’ dan mempunyai cabaran kondisi dyslexia, scoliosis dan thalasemia. 
kredit picture: SINI

kredit picture : SINI


7 Jan 2019

Giveaway SemakanOnline.com Di Mialiana.com

07 Januari 17

 Giveaway SemakanOnline.com Di Mialiana.com

Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 atau BSH 2019 fasa pertama akan dibuat pada 28 Januari nanti. Bantuan tersebut dijangka memanfaatkan lebih 4.1 juta penerima di seluruh Malaysia. Terdapat lima jenis kategori bantuan untuk pembayaran BSH kali ini. (rujuk gambar di bawah)


Pembayaran pertama akan dibuat sebanyak RM300 untuk setiap isi rumah. Baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah baharu seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019. Urusan kemaskini BSH 2019 akan dibuka semula dalam tempoh terdekat. Setiap penerima wajib kemaskini permohonan masing-masing sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun. 

Untuk maklumat lanjut layari portal Bantuan Sara Hidup di https://bsh.hasil.gov.my



Giveaway ini dianjurkan oleh SemakanOnline.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM350 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.

Hadiah Gi Read more: http://www.mialiana.com/2019/01/giveaway-semakanonlinecom-di-mialianacom.html#ixzz5buCi4s00

BERHATI-HATI DIUSIA 35 - 40 TAHUN

07 Januari 4

BERHATI-HATI DIUSIA 35 - 40 TAHUN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

BERHATI-HATI DIUSIA 35 - 40 TAHUN|| Ada sesiapa dikalangan pengunjung Belog Kak Gojes yang umur 35 - 40 tahun? KG dalam umur tu... hehehe sedar diri juga ni umur kian meningkat. Jiwa aje yang masih 'muda'.

Korang tahukah?

Di usia  35 - 40 tahun inilah kebanyakan kita mulai diuji.

Diuji dengan apa?

Ujiannya boleh datang dari ibubapa (jatuh sakit, kematian). Yang ini KG sudah lalui sendiri di tahun 2018. Pertengahan tahun kehilangan bapa tersayang dan hujung tahun kehilangan mama tercinta. Sebelum 'pemergian' kedua-duanya, KG dan adik-beradik diuji dengan mengurus ibubapa yang sakit.

Percayalah, rasa penat mengurus samada membawa atau menjaga arwah mama dan bapa ke hospital masih belum cukup lagi KG rasa. Buat korang yang tidak sanggup menjaga atau mengurus ibubapa, korang sangat rugi. Tsk..tsk...kata masuk habuk.

Usia 35 - 40 ini menjadi lebih menarik apabila al-Quran di dalam surah "al-Ahqaaf ayat 15" ada menyebut tentang itu. Allah berfirman yang bermaksud,


"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhan ku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepada Mu)."

Ataupun Ujian dari pasangan hidup (perceraian, jatuh sakit, pergaduhan) atau dari anak-anak yang meningkat remaja. Macam-macam ujian untuk mendidik anak-anak sekarang.

Sedar atau tidak pada usia 35 - 40 tahun ini lah, Allah swt 'memanggil' kita 'pulang' bertaubat kepadaNya. Panggilannya selalu berbentuk UJIAN. Kerana bila diberi ujian la kita akan kembali bersimpuh dan mersujud mengadu memohon pertolongan dari-Nya.

KG setelah kehilangan kedua orang tua, memikirkan amalan diri sendiri sepanjang hidup ini. Bertapa banyaknya kekurangan diri. Banyak yang ditinggalkan. Insyallah KG dalam proses membaiki diri dengan menambah amalan.


Tapi...ada juga Orang yang kurang bijak. Mereka tetap leka dan tidak membuka deria terhadap panggilan Allah malah tetap leka dengan keseronokan dunia, mengejar harta dan pangkat, berlumba-lumba memperbanyakkan harta-benda.

Bertapa banyak pun harta, duit kamu ianya tidak akan kamu bawa ke alam barzakh. Ini apa yang KG ingatkan diri sendiri.


Ada segelintir golongan yang sudah berumur 50 tahun, 60 tahun, malah 70 tahun, masih memikirkan aktiviti memancingnya, pertandingan sana-sini, tanahnya berekar-ekar dan banyak lagi. Kan lebih baik jika sudah berumur isilah masa lapang dengan belajar agama, ibadat di masjid, dan aktiviti yang boleh dibawa ke alam sana. Tapi didepan KG, kebanyakannya tidak mempedulikan semua tu. 

Ada yang rasa macam masih sihat, walaupun sahabat-sahabat, saudara-mara ramai yang sudah meninggal, kadangkala tanpa disangka. Siap ada dialog "ehh, nda sangka...muda lagi ba dia tu, nampak sihat seja, boleh meninggal..." dan lain lagi dialog manusia yang memang KG anggap kurang waras bila dia cakap " biasalah..orang yang baik-baik Tuhan duluan ambil ". Eiii..banyak lagi KG dengar tapi itu antara ayat yang melekat di ingatan.

Kita hidup di dunia,tidak tahu bila tiba masa kita untuk 'kembali' ke Rahmatullah. Usia kau tua atau muda bukan sebagai ukuran. Tahap kesihatan kau bagus atau tidak juga bukan sebagai pengukur siapa duluan mati.

 Rasulullah, Sallallaahu alaihu wasallam, telah bersabda:


“Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, dan sedikit orang yang bisa melampaui umur tersebut”. [HR. Ibnu Majah: 4236].


Kalau sekarang kita rasa 35 - 40 tahun atau 70 tahun itu lama, bagaimana setelah alam barzakh atau akhirat juga kita dibangkitkan dan hidup dalam waktu yang sangat lama, SATU HARINYA bersamaan RIBUAN TAHUN…

Saat itu, segala harta-benda, pangkat, wang, keseronokan yang kita kejar-kejar sudah tiada gunanya lagi. Yang berguna saat itu adalah AMAL BAIK kita.


Allah ta’ala berfirman (yang artinya):



“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah, dan LIHATLAH DIRI MASING-MASING apakah yang sudah ia PERSIAPKAN untuk KEHIDUPAN ESOKNYA”. [Al-Hasyr:



BERHATI-HATI DIUSIA 35 - 40 TAHUN
Sumber: Pesan Bonda

3 Jan 2019

TARIKH PEMBAYARAN GAJI BAGI TAHUN 2019

03 Januari 6

TARIKH PEMBAYARAN GAJI BAGI TAHUN 2019


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

TARIKH PEMBAYARAN GAJI BAGI TAHUN 2019  || Mesti sudah ada yang menggoogle "Tarikh pembayaran gaji tahun 2019" kan. Bulan pertama ditahun 2019 ni, pastinya sudah ramai yang google cari info gaji, kalendar tahunan terbaru, info cuti sekolah 2019. Termasuk KG sendiri la mencari info tu semua. Dan di sini KG kongsikan info jadual pembayaran gaji tahun 2019 untuk korang semua.

Semoga dapatlah mengatur perbelanjaan bila nampak jadual pembayaran gaji tahun 2019  ni ya.



TARIKH PEMBAYARAN GAJI BAGI TAHUN 2019,BAYARAN GAJI UNTUK PENJAWAT AWAM TAHUN 2019, JADUAL BAYARAN GAJI BAGI KAKITANGAN AWAM 2019

SUMBER : SPANM BIL 9

21 Dis 2018

AIA VitalCity Brings Healthy Living to Kota Kinabalu

21 Disember 0

AIA VitalCity Brings Healthy Living to Kota Kinabalu!


Kota Kinabalu, 19 December 2018 – In line with its commitment to help and support Malaysians in their journey to live healthier, longer and better lives, AIA Bhd. brings back the second-edition of its fun-filled AIA VitalCity roadshow to five major cities nationwide.

AIA VitalCity made its fourth stop in Kota Kinabalu after Penang, Johor Bahru and Kuala Lumpur. Hundreds of visitors filled The Klagan Regency, 1 Borneo to enjoy exciting games and activities, indoor obstacle challenges, fitness classes while having the chance to win attractive prizes and goodies.

The half-day event, held from 12pm to 7pm featured performances from the No Noise Percussion Band as well as singer-songwriter Talitha Tan.



AIAVitalCity18_KK_01: Kids enjoy the interactive indoor games that were lined up at the roadshow


 AIAVitalCity18_KK_02: Healthy and interactive indoor games are available for visitors of all ages

AIAVitalCity18_KK_03: Families and children enjoying the Zumba session, one of the many fitness classes available at the roadshow